Setelah kelahiran single Pesanan Imam Syafie pada awal Januari 2021, penyanyi nasyid AMAR meneruskan langkah seninya menerusi lagu Tidurlah Hai Anak.
Menurut AMAR, kelahiran lagu kali ini merupakan kesinambungan projeknya yang lepas.
“Lagu Tidurlah Hai Anak ini dihasilkan berikutan kejayaan Zikir Tidurkan Anak Meragam AMAR yang telah mencecah lebih 20 juta tontonan di laman Youtube,” ujar AMAR.
Tidurlah Hai Anak lebih bersifat lagu terapi memandangkan ia merupakan kesinambungan alunan zikir yang dibawa AMAR sebelum ini.
Sama seperti karya-karyanya sebelum ini, komposisi keseluruhan lagu ini masih menggunakan hampir sepenuhnya tenaga AMAR. Bermula dari segi komposer, penulis lirik, penerbit, hinggalah ke proses rakaman dan mixing.
Malah, rakaman lagu ini juga turut dilakukan di AMAR Studio dan menggunakan suara latar dirinya sendiri. Semua senarai ini sudah cukup melabelkan AMAR sebagai seorang artis yang serba boleh.
Selingan zikir La Ilaha Illallah serta Ya Zal Jalali Wal Ikram sangat syahdu dan menyentuh hati. Nostalgia dodoian anak yang dilalui semasa kecil terngiang- ngiang.
Sekurang-kurangnya, nostalgia ini mampu meneruskan budaya dodoian anak kecil menggunakan lagu berunsur zikir dan selawat dalam kalangan kelompok ibu bapa muda kini.
Tak lengkap jika mendengar lagu Tidurlah Hai Anak tanpa mendengar Zikir Menidurkan Anak Meragam. Pakej dua lagu dan zikir ini perlu dihayati seiring.
Tidurlah Hai Anak diterbitkan oleh AMAR Magical Consultant & Traininng.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.