Cahaya Cinta: Nasyid Opera Pop Dari Sisi Syamsul Aidil

CAHAYA CINTA | SYAMSUL AIDIL 
Lagu & Lirik :Fery Mardiansyah, Nuril Annissa, Dhaivina Mazas 
 © 2021 | 

Kembara seni suara Syamsul Aidil atau nama sebenar Syamsul Izzudin Alin bergerak cukup matang seiring usianya dalam industri seni suara. 

Al-Madani permulaan kembara seni Syamsul 

Perjalanan seni Syamsul Aidil yang bermula dengan kumpulan nasyid Al-Madani yang pernah mendapat tempat Naib Johan Festival Nasyid Kebangsaan 1997. Bersama kumpulan ini, mereka sempat menerbitkan sebuah album berjudul Nur Madani.


Seterusnya, Syamsul menganggotai kumpulan Aidil (dulu Ideal) yang pernah menerbitkan dua buah album iaitu Bukalah Hatimu dan Cuba. Kumpulan ini pernah dikenali menerusi lagu-lagu seperti Bukalah Hatimu, Sembahyang, Cuba, dan Ku Yakin Berlaku.

Syamsul berundur daripada kumpulan Aidil pada tahun 2013 atas faktor komitmen. Namun, Syamsul Aidil memulakan langkah solo menerusi lagu Ceria Syawal (2019) dan kini tampil pula dengan Cahaya Cinta.

Lagu ini merupakan nyanyian asal daripada kumpulan nasyid LAMDA, yang berasal dari Acheh, Indonesia. 

Sumber: Facebook Syamsul Aidil

Melayani lagu Cahaya Cinta seolah-olah membawa jiwa pendengar untuk bertenang seketika dari dunia yang serabut. Konsep muzik lagu ini adalah adunan antara muzik nasyid dan opera pop.

Disebalik melodi yang tenang hasil susunan Amy Bong, vokal Syamsul Aidil juga semakin matang. Malah, vokalnya kedengaran persis vokal penyanyi Roy yang sinonim dengan lagu patriotik



Ditambah pula dengan lirik yang mudah faham dan tidak terlalu sastera. Semua elemen telah berjaya diserapkan dalam Cahaya Cinta. 

Walaupun tidak bernaung di bawah syarikat rakaman besar, namun penghasilan single Syamsul Aidil ini tidak dihasilkan secara carca merba. Semua dilakukan dengan teliti dan kemas. 

Cahaya Cinta adalah satu lagi langkah baik namun bukan yang terbaik buat Syamsul Aidil. Kenapa bukan terbaik? Sebab bakat Syamsul Aidil boleh pergi lebih jauh dengan cubaan terhadap variasi muzik yang lain pula. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling