LANGIT WAHYU | FITRI HARIS
Lagu: Daqmie | Lirik :Hairul Anuar Harun
© 2021 | Niyat Edutainment
Kehadiran setiap naskah lagu yang tak pernah mengecewakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada Fitri Haris, penyanyi nasyid yang mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Kali ini, Juara Gema Gegar Vaganza Musim Kedua itu tampil dengan single terbaharu berjudul Langit Wahyu.
Langit Wahyu merupakan sebuah lagu berinspirasikan kisah keperibadian Rasulullah S.A.W. Dinukilkan oleh Hairul Anuar Harun, penulis lirik yang pernah menaikkan ime Irama Malaysia suatu ketika dahulu. Antara karya lirik ciptaannya ialah Awallah Dondang (Noraniza Idris), Dikir Puteri (Noraniza Idris), Cindai (Siti Nurhaliza), Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza) dan banyak lagi.
Menerusi Langit Wahyu, susunan bahasa sangat teliti. Tidak terlalu berat, tidak terlalu ringan. Lirik yang dihasilkan tidak sukar disebalik bahasa yang puitis. Bukan mudah untuk menulis cerita panjang dalam sebuah lagu yang padat. Langit Wahyu telah menggabungkan beberapa sifat keperibadian Rasulullah dalam sebuah lagu.
Pemilihan Daqmie sebagai komposer merupakan satu resipi yang padu. Belum pernah lagu-lagu ciptaan Daqmie yang membosankan. Ditambah pula dengan susunan muzik yang teliti daripada Wan Saleh.
Gandingan tiga insan ini ibarat satu 'rahmat' buat Langit Wahyu. Sinergi tiga insan ini sangat ngam dengan kekuatan vokal Fitri Haris. Lantunan vokal yang tinggi daripada bekas anggota UNIC ini masih tidak berubah.
"Terimalah karya hati dari saya dan sahabat-sahabat seperjuangan tentang bagaimana malunya andai kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W masih ada dan melihat sunnahnya di musykil Mustahil, Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami Malu, Kami merinduimu…”- Fitri Haris.
Langit Wahyu mula diterbitkan pada 15 Oktober 2021. Lagu terbitan Niyat Edutainment ini boleh didengar di platform digital.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.