Kisah Kerinduan Kamarul Diterjemah Melalui 'Seperti Semalam'


SEPERTI SEMALAM | KAMARUL
Lagu: Ramzul Ikbar & Kamarul | Lirik  Kamarul 
© 2021 | Produksi Karya Positif

Penulisan lirik yang bersumberkan pengalaman hidup si penulis merupakan satu sentuhan yang mampu menghidupkan sesuatu karya muzik. 'Roh' yang ada di sebalik lagu menjadikan sesebuah karya itu mudah difahamkan serta diempatikan oleh para pendengar.

Bagi penyanyi Kamarul, kisah kerinduan terhadap arwah ibu menjadi inspirasi untuk menghasilkan single keduanya, Seperti Semalam.

"Seperti Semalam terhasil berkisahkan “rindu arwah ibu” apabila ibu tiada lagi di dunia ini namun segala memori bersama ibu, semasa ibu masih ada, sentiasa bermain dalam fikiran dan sentiasa segar diingatan. 

Imbasan memori “rindu ibu” ini pasti berlaku sama ada secara sengaja atau tidak sengaja bagi insan yang kehilangan ibu. Segala kenangan manis, suka dan duka bersama ibu cuba diceritakan di dalam lagu ini," ujar Kamarul.

Sama seperti singlenya yang pertama, Seperti Semalam masih mengekalkan sentuhan melodi balada yang cukup ngam dengan tema lagu ini. Pemilihan komposer Ramzul Ikbar yang cukup sinonim dengan lagu-lagu nasyid, merupakan pemilihan yang tepat untuk lagu ini.

Sebelum ini, Kamarul turut menggunakan khidmat Ramzul Ikbar menerusi single pertamanya, Kasih Tak Terlerai.

Seperti Semalam memaparkan sisi vokal yang sedikit berbeza buat Kamarul berbanding single sebelum ini. Lantunan vokal yang sedikit tinggi, diselitkan dalam lagu ini. Sekali imbas, vokal Kamarul seolah sinonim dengan vokalis band-band rock balada era 1990-an. 



Bersifat karya 'indie' namun ia bukanlah alasan untuk dihasilkan secara 'cincai'. Seperti Semalam telah menggunakan khidmat tenaga yang profesional semasa proses rakamannya. Susunan muzik, mixing dan mastering telah dilakukan oleh saudara Abu Bakar Othman. Violin pula dimainkan oleh Zalee Redang, manakala suara latar menggunakan khidmat Amman (DAMAI).

Seperti Semalam dirakamkan di Quantize Studio dan diterbitkan oleh Produksi Karya Positif.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling