Carta 114 Angkat Mesej Dakwah Dalam Lagu


Usaha memarbatkan industri nasyid diteruskan lagi oleh stesen televisyen AlHijrah menerusi rancangan Carta 114.

Bertemakan Dakwah Dalam Lagu, rancangan carta lagu nasyid tersebut ditayangkan pada setiap hari Sabtu pukul 6.30 petang bermula pada 11 Februari 2023.

Menurut Penerbit Carta 114 Norkamal Azhary Ahmad, program hiburan yang dapat mendidik jiwa penonton itu akan mengetengahkan karya-karya yang bermutu khususnya berunsur Islamik dan kerohanian.

Menurut Azhary lagi, Carta 114 akan menggabungkan penggiat seni lama dan baharu bagi menghargai dan mengangkat martabat insan seni Islamik. 

“Inisiatif ini dapat memberikan ruang kepada mereka bagi mempromosikan karya-karya mereka sekaligus dapat mewujudkan fenomena baru dalam industri muzik tanah air,” katanya. 

Kedudukan lagu-lagu dalam ditentukan melalui undian para penonton menerusi pautan dan kod QR yang akan dipaparkan dalam setiap episod yang bersiaran. Undian tersebut akan dibuka bermula siaran episod Carta 114 dan akan ditutup pada Rabu.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling