Akademi Qurra': Tilmiz Adam Tersingkir Minggu Ketiga


Perjalanan Tilmiz Adam dalam program Akademi Qurra’  terbitan TV AlHijrah, terhenti pada minggu ketiga. 

Tilmiz Adam atau Adam Hakimi Khairulnizam, 19, merupakan pelajar di bawah Mudarris Ammar Mukhlis. 

Selain Tilmiz Adam, Tilmizah Dr Noor Aini atau Noor Aini Abdullah, 40, turut diumum sebagai salah seorang peserta yang mencatat markah terendah untuk minggu ini.

Penyingkiran Tilmiz Adam menjadikan jumlah peserta susut kepada empat Tilmizah dan enam Tilmiz yang akan meneruskan perjuangan di pentas Akademi Qurra’ pada minggu hadapan. 

Minggu lalu Tilmizah Syahirah atau Nur Ain Syahirah Shaifullah, 21, menjadi peserta pertama tersingkir dalam program realiti itu.


Dalam masa yang sama, Tilmiz Saifullah atau Saifullah Khanip Rofli, 19, telah memenangi Anugerah Alunan Terindah pada minggu ketiga. Tilmiz Saifullah membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan sebuah rehal.

Untuk rekod, program Akademi Qurra’ disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Program ini diadili sepenuhnya oleh seorang juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling