Mizz Nina Lancar Qalby App


Selebriti Muslimah, Mizz Nina  atau nama sebenarnya Shazrina Azman, telah memperkenalkan satu aplikasi Islamik, Qalby App. 

Menurut Mizz Nina, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui AppStore dan Google PlayStore bermula bulan November dalam peringkat beta-testing. Aplikasi ini telah dilancarkan secara rasmi awal bulan Disember. 

Difahamkan aplikasi Qalby App ini hadir dengan pelbagai features seperti waktu solat, e-Journal, arah kiblat, bacaan al-Quran, koleksi doa dan video berbentuk ilmiah serta banyak lagi.

Menurutnya lagi, Qalby App diinspirasikan sewaktu dirinya menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018. Waktu itu Mizz Nina berfikir: 

 “Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita. “Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” kongsinya.

Malah sehingga kini, aplikasi tersebut telah mencecah lebih 200,000 pengguna pada 15 Disember 2020.



Rentetan itu, rata-rata pengikutnya tampil menzahirkan rasa teruja dan gembira dengan aplikasi tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga memberikan respon yang positif terhadap aplikasi itu. 

Antara ciri-ciri Qalby App

Untuk rekod, Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling