Seruan 'Cukup' Daripada Cahaya Hati


Judul: Cukup
Artis: Cahaya Hati
Label: © 2020 Cahaya Hati Production

Kelahiran album sulung, Pasrah pada tahun 2018 diikuti single Salam Kedamaian pada tahun 2019 membuka lembaran pengenalan Cahaya Hati kepada para peminat nasyid.

Setelah setahun dirancang, akhirnya Cahaya Hati tampil dengan simfoni terbaru mereka, Cukup. 

Cukup merupakan cetusan idea muzik oleh MJ (Seedrain) dan Sofi (Cahaya Hati), manakala liriknya ditulis oleh MJ (Seedrain) dan Fadil (Cahaya Hati).

Rakaman dibuat sepenuhnya di Cahaya Hati Studio.

Idea untuk menerbitkan Cukup difahamkan tercetus sejak setahun yang lalu. Namun, ekoran pandemik wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan, maka Cukup terpaksa diperam untuk beberapa bulan.


Menghayati Cukup, lagu kali ini menampilkan suatu peningkatan buat Cahaya Hati bukan saja dari aspek kualiti muzik, dan vokal, malah turut meliputi kualiti klip video yang dihasilkan.

Sekali dengar, tak cukup untuk hadam. Dua kali dengar, pun tak cukup untuk hadam. Berkali dengar, sudah Cukup untuk hadam!

Membawa mesej perpaduan, lirik Cukup bukanlah sukar untuk difahamkan. Kelahiran single ini seolah sesuai dengan senario yang berlaku di Malaysia yang seolah-olah tak putus dengan pelbagai kemelut.

Klip video yang ditaja Serpihan Studio Production, mempamerkan kualiti yang baik. Babak lakonan yang ditonjolkan menepis tanggapan umum bahawa klip video nasyid sekadar menyanyi kaku di tepi kolam.

Di sebalik pujian, tak dinafikan ada yang belum cukup di sebalik single Cukup. Tak dinafikan vokal Cahaya Hati kian matang, harmoni kian terserlah. Namun, kekuatan vokal Cahaya Hati perlu diasah lagi untuk karya akan datang.

Kematangan karya Cahaya Hati terserlah di sebalik keseriusan usaha mereka dalam industri ini. Walaupun bergerak secara indie di negeri Terengganu, namun tak mustahil nama Cahaya Hati akan menembusi pasaran nasyid yang lebih besar.

2 Comments

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

  1. Terima kasih atas Ulasan Admin Wartakopi (Qarya)..

    Moga terus menjadi wadah informasi perkembangan terkini Nasyid Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling