Neelofa Lancar Misi Bantuan Banjir


Selebriti terkenal, Neelofa, melancarkan misi bantuan banjir bagi negeri-negeri yang terjejas terutama negeri Kelantan, Pahang dan Johor.

Misi bantuan ini merupakan misi yang dilaksanakan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan selebriti tersebut.

Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa merayu orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa banjir menghulurkan sumbangan dengan melayari www.kasihneelofa.org

Tabung Kecemasan Banjir kelolaan Kasih Neelofa. Klik sini


Selain itu, Neelofa meminta mangsa banjir dapat memberi maklumat termasuk rakaman video dan gambar agar bantuan boleh dihantar kepada mereka.

Menurutnya lagi, setiap maklumat mangsa banjir yang diperoleh akan disemak terlebih dahulu.

“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai. 

“Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya melalui Instagram Story.

Antara kempen Infaq Bersama Kasih Neelofa

Selain misi bantuan banjir, Kasih Neelofa turut menjalankan beberapa kempen Infaq Bersama Kasih Neelofa seperti Infaq Pendidikan, Infaq Jumaat, Tabung Kecemasan COVID dan sebagainya.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling