Album Bahath Kekalkan Imej Aim Crossfire


Bagi peminat muzik rock era 1980-an, nama kumpulan Crossfire sememangnya terpahat di hati. Panahan lagu-lagu 'berhantu' kumpulan tersebut seperti Realiti Dan Fantasi, Setelah Kau Tiada, Nyata Bukan Ilusi dan Hasrat telah mengangkat nama mereka di persada muzik Malaysia.

Setelah lebih 20 tahun menyepi, vokalis Crossfire, Aim atau nama sebenar Abdul Halim Husin, tampil dengan album solo berjudul Bahath.

Album Bahath memuatkan lima buah lagu iaitu Pencarian Arashmu, Ilusi Beradu, Bahtera Kelana, Sayang dan Ummah.

"Album ini sebenarnya hadiah istimewa daripada saya buat semua peminat yang tidak pernah jemu memberikan sokongan. Ia juga lahir daripada desakan peminat yang ingin mendengar karya terbaru Crossfire, namun saya hadir secara solo," kata Aim. 

Bahath membawa maksud mencari jawapan atau arah pencarian. Sesuai dengan imej terkini Aim, album Bahath lebih berkonsepkan mesej positif yang santai, namun masih mengekalkan aura rock Crossfire.

Album Bahath

Selain elemen rock, anak jati Johor ini turut menyelitkan unsur muzik zapin dan masri menerusi lagu Bahtera Kelana. Manakala dalam lagu Ummah pula, Aim telah berduet bersama anak saudaranya.

Rakaman album Bahath telah dilakukan di Quantize Studio & Productions, yang turut menjadi label penerbit album ini. Album ini turu mendapat sentuhan Mohamad Alahudin yang memberikan warna kepada hiasan kulit album. 

Untuk rekod, kumpulan Crossfire yang dianggotai Aim pernah menerbitkan beberapa buah album iaitu 
Fatamorgana, Erosi, Metominia, Espirit De Corps, Ilustrasi

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling