![]() |
Rakaman Rabbani Junior. Sumber foto: Rithauddeen Rabbani |
Nama Rabbani bukanlah asing dalam industri nasyid tanah air. Perjalanan yang panjang kumpulan nasyid 'otai' ini telah pun bermula sejak tahun 1980-an, yang ketika itu menggunakan nama NadaMurni.
Setelah sekian lama bertapak kukuh dalam arena muzik dakwah, Rabbani akhirnya mempunyai barisan pelapis sendiri yang diberi nama Rabbani Junior.
Lebih menarik, Rabbani Junior dianggotai anak-anak anggota Rabbani sendiri iaitu Izwan Azadan, Farhan Islah Rithauddeen, Ilham Fikri Asri (anak Allahyarham Ustaz Asri Rabbani), Fardeen Imran Rithauddeen, Haikal Rahmat dan Aliff Nazrul.
Rabbani Junior telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan pernah membuat kemunculan sulung bersama Rabbani ketika persembahan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.
Selepas lama menyepi, Rabbani Junior dikhabarkan bakal muncul dengan buah tangan terbaru menjelang bulan Ramadan tahun ini.
Khabar ini telah disampaikan menerusi catatan di laman sosial Facebook dua anggota Rabbani, Rithauddeen dan Azadan.
"Nantikan Ramadan ini dari Rabbani Junior. Alhamdulillah, mereka terdiri daripada anak-anak Rabbani. Kemunculan yang di nanti.Tahniah buat semua anaknda kami." - Azadan Rabbani.
"Legasi Rabbani diteruskan oleh Rabbani Junior," - Rithauddeen Rabbani.
Video berdurasi 25 saat turut mempaparkan anggota Rabbani Junior sedang menjalani rakaman lagu lama yang diberi nafas baru, Ramadhan Bulan Rahmat.
Nantikan kemunculan Rabbani Junior menjelang Ramadan tahun ini.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.