“Kau Yang Bertakhta” - Taruhan Lagu Religi Sarah Suhairi


JUDUL: KAU YANG BERTAKHTA 
ARTIS: SARAH SUHAIRI
LIRIK: ISMAN ISAM & UMI | LAGU : ISMAN
© 2021 | RUSA MARKETING & WARNER MUSIC

Sarah Suhairi, satu bakat dalam atmosfera Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU). Penyanyi berbakat ini bukanlah artis nasyid namun dirinya sentiasa mahu mencuba sesuatu genre yang berbeza dan mencabar.

Pada bulan Januari 2021, khabar berita mengenai projek lagu ketuhanan Sarah Suhairi berlegar dalam ruang lingkup hiburan Malaysia.

Setelah hampir tiga bulan berlalu, akhirnya naskah lagu religi ini menjelma jua.

Lagu Kau Yang Bertakhta ini merupakan ciptaan komposer Isman Isam (Hijjaz) manakala liriknya ditulis oleh Isman dan Ustaz Muhammad Izzat (UMI).

Kau Yang Bertakhta menyerlahkan bakat Sarah Suhairi dalam membawa lagu ketuhanan. 

Tanpa terikat meniru gaya nyanyian mana-mana artis, Sarah Suhairi menyajikan kekuatan vokal yang padu. Apatah lagi, Kau Yang Bertakhta merupakan karya sentuhan Isman Isam, anggota kumpulan Hijjaz yang sinonim dengan karya-karya terbaik nasyid.

Kau Yang Bertakhta menyelitkan mesej rintihan seorang hamba, dialunkan bersama zikir-zikir munajat. Susunan muzik yang menenangkan ibarat satu terapi telinga yang mendengarnya.

Ya, alunan lagu ini hadir tatkala golongan remaja tandus dengan hidangan muzik religi. 

Apatah lagi, imej Sarah Suhairi yang bersih tanpa gosip yang panas, menambahkan lagi keistimewaan lagu ini.


Kau Yang Bertakhta menggunakan khidmat Wan Salleh selaku penyusun muzik. Lagu terbitan Rusa Marketing Sdn Bhd dan Warner Music ni telah berada dipasaran platform digital.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling