'Hasbi Rabbi' Gandingkan Siti Nordiana & Ustaz Sharizan


Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment sebuah lagu terbaharu yang disampaikan oleh gandingan Siti Nordiana dan Ustaz Sharizan berjudul Hasbi Rabbi.

Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaharu Siti Nordiana merangkap album religi kedua penyanyi itu selepas album Anakku Sayang. 

Lebih menarik, album kali ini menampilkan alunan zikir atau selawat yang telah diolah dalam melodi yang lebih indah.

Selain menerapkan elemen mengingati Allah & Rasul, alunan zikir-zikir di dalam album ini juga berbeza dengan album zikir yang lain, dimana alunan zikir bukan sahaja di dalam Bahasa Arab malah disertai dengan terjemahan makna dalam Bahasa Melayu agar para pendengar dapat lebih memahami dan menghayati maksud zikir tersebut.

Secara tak langsung, ia memudahkan untuk dihafal dan diamalkan. 

Menyentuh mengenai lagu ‘Hasbi Rabbi’, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh ini menjanjikan kelainan apabila melodinya juga digubah dari melodi yang biasa didengari kepada sesuatu yang lebih baharu dan segar untuk halwa telinga dan semestinya untuk pengisian rohani para pendengar. 


Lagu ‘Hasbi Rabbi’ mula dilancarkan di semua laman strim (Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain ) mulai 1 Mei 2021. 

Secara fizikal album yang memuatkan 5 lagu keseluruhannya termasuk single ‘Hasbi Rabbi’ juga mula dijual di platform online – Shoppee.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling