Lagu ini merupakan lagu bertemakan Hari Raya pertamanya secara solo. Sebelum ini, Najwa Latif pernah popular dengan lagu raya “Hari Raya ” bersama Iamneeta,Mimie Haris dan Deanna Hussin.
Mula dilancarkan pada 30 April 2021, Hari Raya Kita masih mengekalkan identiti muzik yang dibawa oleh Najwa Latif iaitu pop dan catchy.
Berdikari di bawah labelnya sendiri iaitu NL Entertainment, Najwa melahirkan rasa syukur dapat melahirkan single raya solo pertama dan merupakan produk kelima miliknya.
'Hari Raya Kita' ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar Kumpulan Cactus, Arin Lutfi dan Alif Hassan manakala liriknya pula ditulis bersama oleh Arin Lutfi dan EllGee.
Menurut Najwa lagi, pembikinan lagu ini turut mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuzik lama dan baharu yang terdiri daripada Ujang Exists,Ayoy dari kumpulan 6ixthsense dan Jay dari kumpulan Pretty Ugly.
Proses rakaman lagu ini hanya mengambil masa seminggu untuk di siapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses Mixing Mastering dibuat dilakukan oleh Muhd Mastering.
Berbicara mengenai Muzik Video “Hari Raya Kita ”, muzik video ini bertemakan suasana perayaan norma baharu di musim pendemik ini yang telah masuk tahun kedua.
“Saya mahukan sebuah muzik video yang santai, berbaur kekeluargan dan catchy serta mesej kebaikan sesuai dengan konsep perayaan di musim pedemik ini," tambah Najwa lagi.
Hasil tinjauan di laman Youtube, jumlah tontonan muzik video ini telah mencapai lebih 80,000 tontonan selepas tiga hari dilancarkan ada 30 April 2021. Secara tidak langsung, ia jelas menggambarkan identiti muzik Najwa Latif masih diterima peminat kini.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.