Kemeriahan Syawal 2021 Melalui Karya Penasyid Malaysia


Kehadiran bulan Syawal bagi tahun 2021 kali ini dimeriahkan dengan kemunculan beberapa lagu terbaharu daripada barisan penasyid Malaysia.

Walaupun negara masih dibelenggu dengan pandemik Coronavirus, namun kehadiran Syawal tetap diraikan dengan alunan nasyid Aidilfitri. 

The Qarya menyenaraikan barisan artis nasyid yang menyumbangkan karya lagu mereka sempena Syawal 1442 Hijrah bersamaan 2021.

1. Bismillah - Zapin Lebaran

Bismillah, sebuah kumpulan nasyid keluarga, tampil dengan lagu raya berjudul Zapin Lebaran. Lagu ini menggunakan rentak asal lagu Zafeen Solawat.


Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya daripada Suhaimi Saad ini dinyanyikan sendiri oleh keluarganya yang terdiri daripada isterinya, Diana Naim serta anak-anaknya.

© 2021 | KARYA MOSUS

2. Munsyid Malaysia - Pertemuan Di Hari Mulia 2021

Sebuah lagu lama yang diberikan nafas baharu oleh barisan penasyid Malaysia yang terdiri daripada 
Isman Hijjaz, Azahari Nowseeheart, Razin Mestica, Zul Rabbani, Aniq Muhai, Daqmie, Fitri Haris, Suffian Saujana, Maliq Suhaimi, Imtiaz Simfoni dan Munsyid Malaysia.


Lagu ciptaan Isman Isam manakala lirik ditulis oleh Ito Lara ini merupakan nyanyian asal kumpulan NadaMurni sekitar tahun 1990-an.

© 2021 | MUNSYID MALAYSIA

3. Munif Hijjaz - Tasbih Bergema Di Hari Raya (Feat Ezad Lazim, Maliq Suhaimi)

Selepas kejayaan Ramadhan Kareem nyanyian Munif bersama Zul Rabbani dan Zawfan, Munif Hijjaz tampil lagi dengan lagu bertemakan Hari Raya, Tasbih Bergema Di Hari Raya. Kali ini, Munif memilih Ezad Lazim dan Maliq Suhaimi sebagai rakan duet.


Lagu ini ciptaan Munif sendiri manakala liriknya ditulis oleh Roger Kajol.

© 2021 | MUNIF HIJJAZ PRODUCTION

4. Ustaz Huri - Hadiah Syawal (Feat Khayran)

Karya ciptaan sepenuhnya oleh Ustaz Huri ini merupakan rakaman semula lagu yang pernah diterbitkan pad tahun 2020. 


Paduan suara Ustaz Huri dan Khayran ini telah dirakam semula di Smart Audio Studio.

© 2021 | MVM PRODUCTION

 6. Qathrunnada  - Renungan Di Hari Raya (feat Ust Mujiburizal)


Lagu ini dimuatkan dalam album Ramadhan & Syawal yang diterbitkan pada tahun 2019.

Klip video rasmi diterbitkan pada tahun  ini. Lagu malar hijau ini merupakan nyanyian asal daripada NadaMurni.

© 2021 | QATHRUNNADA ENTERTAINMENT

7. Nazri Zawawi (Paradise) - Syukur Aidilfitri


Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya daripada Shafuan, Roslan dan Nazri sendiri.
 
© 2021 | PARADISE PRODUCTION 

8. Faiz Brothers, Ust Faizan, Ust Zulkarnain, Ust Fadhil, Ust Khairul - Raikan Aidilfitri


Raikan Aidilfitri merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Amin Nordin. Paduan suara lima vokalis yang ada gaya nyanyian tersendiri.

Konsep muzik percussion menjadikan lagu ini easy listening dan mudah difahamkan. Rakaman lagu ini dibuat di Smart Audio Studio.

© 2021 | SMART AUDIO 

9. Hud - Syukur Syawal


Hud, seorang artis nasyid indie yang sangat aktif dengan krya-karya baharunya. 

Syukur Syawal merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hud sendiri.

© 2021 | HUD MUSIC

Kehadiran lagu-lagu ini merupakan alternatif buat dunia hiburan dalam meraikan ketibaan Syawal walaupun dalam suasana norma baharu.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling