'MencintaiMu' Paduan Serasi Rabbani dan Ustaz Ridhwan


Nama Rabbani tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pasaran industri muzik nasyid sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Walaupun telah bertapak lama dalam industri seni, namun Rabbani terus menerbitkan karya-karya terbaharu bagi menghadapi persaingan pesat di era muzik digital. Tambahan pula, lambakan bakat-bakat baharu yang ada, menjadikan industri muzik kini terbuka terlalu luas.

Meneruskan perjuangan seni nasyid, Rabbani tampil dengan lagu MencintaiMu. Kali ini, mereka berduet bersama Ustaz Ridhwan dari Pondok AlBari'.

MencintaiMu dicipta oleh komposer Daqmie, satu nama yang sentiasa mengahasilkan sesuatu karya seni yang mantap. Pemilihan Daqmie adalah tepat dengan identiti muzik Rabbani itu sendiri. Malah, susunan muzik yang terhasil dalam MencintaiMu ini selaras dengan kekuatan vokal Rabbani itu sendiri.

Lirik yang terhasil dari idea seni Ustaz Neezam AlBanjari dan Jart Hassan juga dilihat sangat ngam dengan melodi lagu ini. Selitan selawat menguatkan lagi tema lagu ini iaitu kecintaan terhadap Rasulullah. 

Jika sebelum ini, lagu-lagu Rabbani menggunakan vokal Zulkiflee sebagai vokal utama menggantikan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, namun kali ini peranan vokal utama Rabbani turut diberikan kepada Asri Ubaidullah yang juga merupakan ketua kumpulan mereka.

Paduan suara Rabbani bersama Ustaz Ridhwan juga cukup serasi. Tiada yang overshadow antara satu sama lain dan tidak ada yang dominan. Masing-masing memainkan peranan sendiri.


MencintaiMu diterbitkan oleh Rabbani Productions dengan kerjasama bersama Pondok AlBari` Resources. Difahamkan penerbitan lagu MencintaiMU juga bertujuan sebagai usah mengumpul dana buat Pondok AlBari'. 

"Alhamdulillah satu lagi klip video kerjasama kami bersama Pondok AlBari’. Semoga penghasilannya ini, dapat membantu untuk segera Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ segera terdiri kukuh. Teruskan menyumbang," ujar Rabbani.

Sumbangan kepada Pondok AlBari' boleh disalurkan dengan melayari www.pondokalbari.com.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling