Sepanjang bulan Ramadan tahun 2021 ini, dua buah syarikat rakaman, MVM Productions Sdn Bhd dan RUSA Marketing Sdn Bhd (RUSA Music) berganding bahu menerbitkan beberapa buah terbitan terbaru mereka yang bertemakan Islamik.
Bermula dengan lagu Ijabah (Isman Hijjaz), Linangan Laduni (Darwish) dan Kau Yang Bertakhta (Sarah Suhairi), dua buah syarikat ini meneruskan penerbitan karya seni keluaran mereka menerusi beberapa siri lagu religi yang lain.
1. PEMILIK HATIKU - AISHA AZUAN & AIDILIA HILDA
Lagu ini merupakan ciptaan komposer Fathi Naim manakala liriknya ditulis oleh AFitri Mazlam. Lagu ini dinyanyikan oleh Aisha Azuan dan Aidilia Hilda.
Aidilia Hilda merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Mau Mau. Aisha Azuan pula seorang bakat seni yang aktif menerbitkan alunan zikir dan selawat menerusi laman Youtube.
2021 | RUSA MARKETING SDN BHD. (RUSA Music)
2. ZIKIR I'TIRAF
2021 | MVM PRODUCTIONS SDN BHD
3. SELAWAT ADNANIYYAH
2021 | RUSA MARKETING SDN BHD (RUSA Music)
4. DOSA - SHIDI DATA FEAT RODY KRISTAL
2021 | MVM PRODUCTIONS SDN BHD
5. TAUBAT - IPPO HAFIZ
Single terbaharu daripada Ippo Hafiz, Taubat, merupakan ciptaan sepenuhnya daripada Ippo Hafiz sendiri. Lagu Taubat diterbitkan secara bersama oleh AG Coco & Ippo Hafiz. Rakaman lagu ini dibuat di Kamar Seni Studios.
2021 | MVM PRODUCTIONS SDN BHD
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.