Isu kemanusiaan tak pernah terpadam dalam arus berita perdana. Setiap kali berlakunya konflik, pasti akan timbul isu ini.
Sebaran isu kemanusiaan turut tidak lekang dari persada muzik termasuk industri nasyid. Konflik di Timur Tengah yang tidak padam misalnya, menarik perhatian Arus Qudus Sound (AQSO) untuk menerbitkan sebuah lagu kemanusiaan berjudul Siapa Mengerti?
Siapa Mengerti? menampilkan gabungan beberapa vokalis yang membentuk Munsyeed Aqso iaitu Raamy Eiyash, Luthfiy Al-Maahadiy, Arif, Nasih dan Fitri.
Nafas baharu lagu nyanyian asal kumpulan Rusydan pada tahun 1997 ini mengetengahkan muzik balada nasyid yang ringan untuk didengar.
Siapa Mengerti? kali ini diterbitkan bagi menjayakan kempen kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang aktif memberikan bantuan kepada mangsa konflik di Timur Tengah.
Lagu yang berkisar tentang dunia kemanusiaan ini pada saya garapan sepenuhnya Dr Amir Mohd Nason.
“Lagu ini diterbitkan semula dengan harapan menyuntik rasa keinsanan, dan kemanusiaan terhadap nasib saudara-saudara di Syria, Palestin malah seluruh dunia,”ujar pencipta lagu ini.
Siapa Mengerti? diterbitkan oleh Ali Fahmi di studio Arus Qudus. Penampilan lima vokalis Munsyeed Aqso berjaya membawa lagu ini mengikut alunan muzik baharu.
Vokal syahdu yang ditampilkan, sesuai dengan lirikal lagu yang terkandung dalam Siapa Mengerti? Muziknya turut menggabungkan antara moden dan tradisional.
Siapa Mengerti? telah dilancarkan pada 16 Jun 2021 melalui saluran Youtube Arus Qudus.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.