ARTIS: QATHRUNNADA
℗ 2021 | QATHRUNNADA ENTERTAINMENT © 2021 | AFT
Berani tampil dengan sebuah album penuh ketika pandemik COVID-19 masih menebal merupakan satu langkah yang berisiko buat kumpulan Qathrunnada. Namun, kekosongan hiburan Islami ketika kabus pandemik masih tebal perlu diisi.
Masih mengekalkan identiti nasyid saduran perkusi dan muzik moden, Qathrunnada tampil dengan naskah muzik terbaharu mereka, Carilah Syafaat.
Album Carilah Syafaat ini memuatkan lapan buah lagu yang mendapat sentuhan lirik daripada karya-karya Allahyarham Abuya Ustaz Ashaari bin Muhammad, seorang mursyid yang banyak berjasa dalam perkembangan industri nasyid pada tahun 1980-an hingga lewat 1990-an.
Sentuhan lirik yang easy listening memudahkan semua peringkat golongan melayan karya-karya ini. Lebih menarik, identiti muzik nasyid perkusi dan moden yang dibawa Qathrunnada menggamit kembali nasyid yang dibawa semasa era kegemilangan NadaMurni, The Zikr malah Raihan.
Lapan lagu yang terkandung dalam naskah Carilah Syafaat ialah Aku Perlukan Pimpinanmu, Setiap Insan Menagih Kasih Sayang, Sakitnya Mujahadah, Rasulullah Pilihan Atas Pilihan, Carilah Pahala Yang Mudah, Kasih Sayang Sangat Diperlukan, Masyarakat Harmoni dan Carilah Syafaat.
Melodi lagu yang simple tetapi ditinggikan standard modennya dengan kemasan muzik yang tastefully produced. Ringan, membuai dan mudah faham. Album ini menepati maksud hiburan mendidik jiwa. Inilah naskah edutainment yang mampu mengisi kelompongan muzik Islami kini.
Qathrunnada buat masa ini antara kumpulan yang masih mengekalkan imej nasyid lama. Malah, kekuatan vokal mereka yang 'klasik' cukup sesuai dengan genre muzik ini.
Carilah Syafaat telah diterbitkan sejak Julai 2021 di beberapa platform digital seperti Youtube, Spotify, Joox, dan iTunes. Album ini juga boleh didapati secara pesanan emel serendah RM20. Bagi pesanan emel, pendengar akan dihantar fail lagu-lagu beserta buku lirik album ini. Maka, bagi penggemar album fizikal boleh dapatkan album secara pesanan emel dan boleh cetak sendiri.
Kehadiran Carilah Syafaat mampu menjadi 'makanan' jiwa yang kosong tatkala berhadapan dengan gelombang pandemik ini.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.