‘PadaMu’ Gandingkan Mizie Kamis, Cat Farish

PADAMU | MIZIE KAMIS & CAT FARISH
Lagu: MK, Hamie Surzair 
 Lirik: MK, Hamie Surzair, Cat Farish
© 2022 | MAP Music

Kesungguhan dalam perjuangan muzik berunsur ketuhanan menjadi asas utama kelahiran lagu terbaharu penyanyi Mizie Kamis, PadaMu.

Kali ini, Mizie meneruskan eksperimen muziknya dengan menampilkan elemen pop dan rap dalam lagu ciptaan kolaborasi Mizie Kamis dan Hami Surzair. 

Lebih menarik, PadaMu turut menampilkan seorang penyanyi rap terkenal, Cat Farish. Kehadiran Cat Farish merupakan satu taruhan bijak dalam mengkomersialkan lagi PadaMu.


Lagu PadaMu mempamerkan vokal Mizie Kamis yang semakin baik. Tidak seperti awal kemunculannya suatu ketika dahulu, keberanian Mizie mencabar dirinya sendiri menerusi variasi genre muzik membuahkan hasil vokal yang kian mantap.

Pemilihan Cat Farish yang merupakan antara otai rappers Malaysia memerlukan kesesuaian vokal Mizie dengan aliran muzik pop. Menerusi PadaMu, Mizie berjaya membawa lagu ini dengan baik. 

PadaMu telah diterbitkan oleh MAP Music pada 26 Februari secara digital.

Sebelum kehadiran PadaMu, Mizie pernah tampil dengan beberapa buah lagu pada tahun 2021 iaitu Ada Kamu dan Sepohon Kayu Metal Version (featuring Refleksi Band).


Sepohon Kayu Metal Version yang diterbitkan pada Julai 2021 juga merupakan antara hasil seni Mizie Kamis yang perlu dipuji. Berani membawa lagu metal ketuhanan, telah menghasilkan sesuatu produk yang membangkitkn semangat mereka yang mendengarnya.

Selain itu, Mizie juga turut aktif menerbitkan lagu-lagu cover version menerusi saluran Youtubenya, MK Channel. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling