Tokoh Tarannum, Ustaz Nik Azizan Kembali Ke Rahmatullah


Tokoh Al-Quran dan guru Tarannum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar meninggal dunia pada pagi 16 Mac 2022. 

Dikhabarkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Berita pemergian Allahyarham dilapor telah dikongsikan oleh keluarga beliau. Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pasca Covid-19.

Allahyarham aktif menyampaikan ilmu Al-Quran menerusi pelbagai saluran seperti Mari Tarannum (TV9) dan Jom Tarannum (TV Alhijrah).

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling