Genre world music kurang dikenali masyarakat Malaysia sehinggalah susuk tubuh ini tampil mencetuskan fenomena world music sekitar tahun 2000 hingga 2010.
Yasin Sulaiman, seorang insan seni yang sinonim dengan genre world music. Identiti muziknya yang tersendiri bukan sahaja menaikkan namanya, malah Yasin pernah menghasilkan karya seni untuk artis-artis lain.
Antaranya ialah Waheeda dan Bienda yang merupakan artis dari ‘kelompok’ world music. Lagu Wassini, Binafsha dan Melodi Ahlan nyanyian Waheeda acapkali didendangkan di corong-corong radio suatu masa dahulu.
Malah trademark ‘Wassini’ pernah mewarnai beberapa filem terbitan Metrowealth Pictures. Manakala nama Bienda yang sebelum ini pernah bersama kumpulan Solehah, turut dikenali hasil sentuhan Yasin selaku penerbit bagi dua buah albumnya iaitu Unik dan Kenaliku.
Artis ketiga yang pernah mendapat sentuhannya sebagai penerbit ialah Akbar, bekas anggota Brothers. Album Alpha terbitan Yasin dikenali dengan lagu Siapa Dihatimu?, Manusia Lupa dan Youm Wara Youm.
![]() |
Yasin, Brothers bersama pencipta lagu Teman Sejati |
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.