Mukmin Pro By Fazura Dilancarkan


Pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin telah melancarkan sebuah aplikasi telefon mudah alih yang berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu, Mukmin Pro. 

“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini,” ujar Fazura.

Majlis pelancaran bertemakan ‘Mukmin bersama Fazura’ telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau ‘interface’ yang lebih fokus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura. 

Salah satu keunikan aplikasi Mukmin Pro juga adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok. 

“Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan mereka yang berminat untuk mendekati Islam." 


“Apa yang membuatkan Faz lagi kagum dengan aplikasi ini adalah ianya turut menawarkan program- program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan juga Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan,” tambah Fazura.

Pengguna Mukmin Pro juga dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang dijalankan di Mekah al-Mukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik. 


Selain itu, aplikasi ini turut didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah- surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid- masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tak mengira dimana mereka berada. Aplikasi mudah alih Mukmin Pro kini boleh dimuat turun melalui aplikasi ‘App Store’ dan ‘Google Play’ secara percuma.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling