![]() |
TERIMALAH | HALIM AHMAD Lagu & Lirik: Halim Ahmad © 2022 | NEUROTIC STUDIO |
“Terimalah! Terimalah! Korban ini”. Bait lirik ini sering diungkapkan oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah korban semasa menyambut Hari Raya ‘Eidul Adha.
Sirah di sebalik Hari Raya ‘Eidul Adha menjadi inspirasi buat Halim Ahmad untuk menghasilkan sebuah lagu khusus untuk salah satu peristiwa penting umat Islam ini.
Terimalah, judul yang diberikan oleh Halim Ahmad untuk karya terbaharunya ini. Ungkapan ini merupakan doa yang dibacakan oleh mereka yang berkorban iaitu:
Bismillah Allahu Akbar
Allahumma Taqabbalminni
Ya Allah Yang Maha Besar
UntukMu Terimalah!
Lontarab idea Terimalah ini merupakan sesuatu yang baik sebagai didik hibur masyarakat agar lebih memahami apakah yang sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.
Amat sukar untuk kita dengarkan lagu berkisarkan sirah ini dewasa ini. Jika ada pun, ia hanyalah lagu lama yang diberi nafas baharu.
Pemilihan pop balada sebagai latar muzik bersesuaian dengan jalan cerita Terimalah. Cetusan seni Halim Ahmad ini tidaklah terlalu berat untuk difahamkan. Cuma yang tinggal hanyalah langkah stesen media arus perdana memberi ruang untuk lagu bersifat didikan ini untuk diputarkan.
Perjalanan muzik solo Halim Ahmad secara aktif bukan bermakna dirinya sudah keluar daripada kumpulan Devotees. Namun, komitmen anggota Devotees yang lain terhadap karier masing-masing menjadi asbab untuk Halim Ahmad bergerak secara dua alam, solo dan berkumpulan.
Malah kehadiran Terimalah turut menamatkan desas-desus yang menyatakan Halim Ahmad bakal menyertai UNIC.
Bergerak atas label sendiri, Neurotic Studio, komposer berbakat ini turut berjaya meraih lebih daripada 42 juta tontonan melalui terbitan Zikir Tidurkan Anak.
Halim Ahmad juga telah menghasilkan 4 buah album iaitu Zikir Perindu Syurga, Hai Anak, Cuba Ku Sampaikan dan Zikir Tidurkan Anak.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.