Acara Hiburan Islami Bermula September 2022


Kecoh apabila lambakan konsert mula melanda negara kita sebaik sahaja kerajaan mengumumkan negara ini telah memasuki fasa peralihan endamik virus COVID.

Namun hakikat yang perlu kita terima, nak berlawan dengan sesuatu maka kita kena tawarkan sesuatu yang alternatif. 

Maka beberapa acara hiburan berunsurkan dakwah tampil mewarnai industri hiburan bermula akhir September 2022.

METALCOUSTIC DINNER DATE


Kumpulan AlFarabi Band yang dikenali dengan genre metal Islami, akan mengadakan showcase Metalcoustic Dinner Date pada 30 September 2022.

Showcase ini akan diadakan di Goffee, Cyberjaya dengan konsep makan sambil berhibur. Showcase ini akan menampilkan persembahan lagu-lagu mereka bermula dari album World New Ethnic 2013 hingga album We Have Landed 2017 serta beberapa lagu bahatu mereka.

KONSERT REUNIC THE FINALE


Kumpulan nasyid UNIC sekali lagi bergabung semula  dengan bekas-bekas anggotanya membentuk REUNIC.

Kali ini, REUNIC akan menampilkan semua anggota UNIC sejak dari album pertama mereka lagi. Selain Fitri, Bazli dan Fakhrul, REUNIC turut melibatkan Wan Shah, Afendy, Hafiz Hamidun, Fadzli, Azlan dan Najdi.

Konsert REUNIC The Finale ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2022.

Difahamkan jualan tiket konsert ini telah pun habis. Ekoran sambutan yang menggalakkan, tiket live streaming turut dibuka.

KONSERT NASYID LEGENDA


Inteam Records pula dijadualkan menganjurkan Konsert Nasyid Legenda pada 29 Oktober 2022 di Dewan Sivik MBPJ.

Bertemakan Kembali Bersinar, konsert ini membariskan nama-nama besar seperti Inteam, Nazrey Johani (mewakili The Zikr) NadaMurni (gabungan Hijjaz dan Rabbani), Akhil Hayy, Shahir Zawawi, Hasnul (Diwani) dan Maliq Suhaimi.

Penonton akan dibawa mengimbau kenangan lagu-lagu popular dari Al-Jawaher, Al-Mizan, Orkes Sinar Murni dan sezaman dengannya sekitar tahun 70-an ke 80-an. Kemudian diikuti pula lagu-lagu nasyid popular zaman Nadamurni dan The Zikr sekitar tahun 80-an dan awal 90-an dan diakhiri dengan lagu-lagu popular zaman kegemilangan Nasyid penghujung tahun 90-an dipelopori Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers dan lain-lain diiringi dengan alunan muzik yang santai dan menenangkan..

Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Sahabat Nadamurni serta beberapa artis nasyid yang diuji musibah..

GARIS MASA RAIHAN


Kumpulan nasyid Raihan juga bakal menyerikan acara hiburan menerusi konsert Garis Masa.

Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 November 2022. Ini merupakan antara konsert berskala besar yang akan menggamit memori para peminat Raihan.

Konsert ini diadakan bersempena ulang tahun penubuhan Raihan ke-26.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling