‘Terima Kasih Negaraku’ Padat Mesej Patriotik

TERIMA KASIH NEGARAKU
SAFF ONE | SOUTUL AMAL / WILDAN | NOCOUT
Lirik: Firdaus Sahiddin | Lagu: Qhaleed
© 2022 SAFF ONE PRODUCTIONS & SOUTUL AMAL RECORDS

Elemen kenegaraan dalam hiburan ibarat satu dalam seribu. Tak banyak artis-artis terutama dalam kalangan industri nasyid yang mampu membawakan sesuatu karya patriotik dengan baik.

Industri nasyid lazimnya lebih gemar memilih mesej ketuhanan, kemasyarakatan, motivasi dan kecintaan dalam lagu-lagu yang dihasilkan. Mungkin penerimaan pendengar menjadi kayu ukuran dalam pemilihan mesej lagu-lagu tersebut.

Namun itu bukanlah alasan untuk dibiarkan begitu sahaja kelompangan patriotik dalam hiburan. Justeru, lagu Terima Kasih Negaraku tampil pada tahun 2022 bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan pendengar.

Karya ciptaan Firdaus Sahiddin (Soutul Amal) dan komposer Qhaleed (Saff One) ini menggabungkan paduan vokal kumpulan Saff One, Soutul Amal, Wildan dan NocOut.

Terima Kasih Negaraku merupakan satu naskah muzik yang dihasilkan dengan penuh teliti. Lagu patriotik bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan. Sentuhan muzik perlulah seiring dengan lirik. Manakala vokal mestilah bersifat mudah dibawa secara koir. Itulah sifat utama lagu patriotik yang baik.

Lihat sahaja lagu-lagu Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Sejahtera Malaysia, Tanggal 31. Walaupun telah memakan usia lebih 20 tahun, lagu-lagu tersebut tetap dialunkan oleh generasi kini.


Terima Kasih Negaraku telah lengkap segala ramuan utama lagu patriotik. Cuma promosi di media massa perlu diperluaskan. Sekali imbas, tak salah jika dikatakan lagu ini setanding dengan lagu-lagu patriotik keluaran rasmi kerajaan Malaysia. Malah, mungkin lebih baik.

Jika ada yang tercari lagu-lagu patriotik yang ringkas tapi padat mesejnya, Terima Kasih Negaraku adalah pilihannya. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling