Saf Kepimpinan Munsyid Malaysia 2022 - 2024


Pertubuhan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) 2021 pada 20 Disember 2022.

AGM bagi tahun 2021 diadakan lewat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sebelum ini.

AGM kali ini telah diadakan di Majelis Event Space, Sungai Buloh dan telah dihadiri ramai artis nasyid Malaysia.

Pemilihan saf kepimpinan baharu Munsyid Malaysia bagi sesi tahun 2022 - 2024 turut dibuat semasa AGM kali ini.

Berikut adalah barisan kepimpinan Munsyid Malaysia bagi sesi 2022 - 2024.

Pengerusi Tetap : Suffian Amrin (Saujana)
Presiden: Muhamad Razin Che Mud (Mestica)
Timbalan Presiden: Muhammad Hazamin Bin Harun (Inteam) Setiausaha: Aizat Jaafar (Hufaz)
Pen.Setiausaha: Mahdi (Rabithah)
Bendahari: Amman Mahmood (Damai)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Abdullah Faiz Mohamad (Brothers)
2. Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara)
3. Wan Syahrul Amry (Zayan)
4. Halim Ahmad (Devotees)
5. Azlan AlBukhary (Believe / Soofi Media)
6. Shahrulhikmi Kamaruddin (Inteam Records)

Munsyid Malaysia merupakan organisasi berdaftar yang menaungi para penggiat seni nasyid di Malaysia.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling