Pertubuhan Muafakat Nasional (MN) diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19 September 2019. Penubuhan MN sebagai badan bukan kerajaan (NGO) oleh Tan Sri Annuar Musa bukanlah merujuk kepada kerjasama politik antara United Malays National Organisation (UMNO) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang terbentuk semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada tahun 2019.
![]() |
Sijil pendaftaran MN |
Setelah beberapa tahun 'didiamkan', akhirnya MN diaktifkan secara rasmi bermula Disember 2022. Langkah ini diambil selepas penyingkiran bekas Ahli Perlimen Ketereh tersebut daripada UMNO.
Menurut laman sesawang rasmi MN, tujuan penubuhan pertubuhan tersebut ialah:
- MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.
- MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
- MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
- MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
- MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
![]() |
Logo Muafakat Nasional |
Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan memecat keahlian Annuar tanpa memberikan sebarang sebab.
Penyingkirannya daripada UMNO dikatakan berpunca daripada hubungannya dengan kumpulan yang menentang presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.
Annuar juga pernah menjadi penyokong utama kerjasama UMNO dengan PAS menerusi Muafakat Nasional ketika Zahid enggan lagi meneruskan idea berkenaan.
Annuar merupakan ahli parlimen Ketereh selama dua penggal namun tidak diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum 19 November 2022.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana MN akan terus bergerak sebagai sebuah NGO ataupun bakal ditukar menjadi sebuah parti politik suatu hari nanti.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.