'Anugerah Cinta' Pembuka Tirai Tahun 2023 Buat Munif Hijjaz

ANUGERAH CINTA | MUNIF HIJJAZ (feat NAUFAL ISA)
Lagu: Munif Hijjaz | Lirik: Fedtri Yahya
© 2023 MUNIF HIJJAZ PRODUCTIONS

Tanpa perlu bergerak perlahan, pertaruhan demi pertaruhan karya diberikan oleh Munif Hijjaz sehinggakan ada sahaja karya seni diterbitkannya setiap bulan.

Membuka tirai tahun 2023, Munif tampil dengan Anugerah Cinta. Kali ini, Anugerah Cinta turut menampilkan Naufal Isa (The Truth) sebagai rakan duet bagi naskhah nasyid bertemakan cinta ini. 

Pemilihan Naufal Isa dilihat sebagai satu simbolik bagi menarik dua kelompok peminat nasyid,iaitu kelompok 'otai' dan 'budak-budak baru nak up'.

Anugerah Cinta ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya yang lebih berkisarkan cinta kekeluargaan. Sesiapa yang mengikuti karya seni tulisan Ahmad Fedtri Yahya pasti akan tahu kekuatan bahasa puitisnya. Bahasanya mudah tetapi penuh dengan bait yang indah.


Paduan suara Munif dan Naufal Isa juga sangat ngam. Tidak kedengaran kejanggalan walaupun usia mereka jauh berbeza. 

Kiranya kehadiran lagu Bersaksilah dan Anugerah Cinta ini boleh dimasukkan dalam senarai lagu nasyid wajib dengar bagi kalendar tahun 2023. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling