![]() |
BERSAKSILAH | HALIM AHMAD FT. FURQAN FAWWAZ Lagu & Lirik: Halim Ahmad © 2023 NEUROTIC STUDIO |
Tirai industri nasyid bagi tahun 2023 dibuka dengan kehadiran dua buah lagu terbaharu daripada pelopor yang tidak asing lagi dalam industri ini.
Penyanyi dan komposer Halim Ahmad, tampil dengan single terbaharunya berjudul Bersaksilah. Single ciptaan sepenuhnya oleh Halim Ahmad ini turut menampilkan kolaboratif vokal bersama Furqan Fawwaz.
Dilatari tema cinta dalam bait liriknya, Bersaksilah menampilkan keserasian paduan suara antara Halim dan Furqan dalam sebuah lagu pop balada ini.
Penghayatan terhadap bait lirik Bersaksilah mempamerkan chemistry vokal yang jelas antara Halim dan Furqan. Sebelum ini, mereka pernah bersama dalam lagu Lembaran Juzuk Cinta yang diterbitkan pada tahun 2020.
Lirik yang baik merupakan ramuan utama dalam membangkitkan roh lagu tersebut. Halim Ahmad selaku penulis lirik Bersaksilah telah menggunakan bait lirik yang ringkas tapi mudah difahamkan mesejnya.
Bersaksilah telah dikarang bersandarkan petikan hadis yang bermaskud:
"Ya Allah, aku memohon agar dapat mencintaiMu, dan mencintai orang-orang yang mencintaiMu, dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepadaMu"- Hadis Riwayat Tarmizi.
Pemilihan tiga lokasi iaitu Istanbul, Pamukkale dan Cappadocia di Turkiye menaikkan lagi keindahan lagu ini. Apatah lagi tiga lokasi tersebut sering kali digambarkan sebagai sebahagian kota cinta dalam peta pelancongan dunia Islam.
Bersaksilah diterbitkan oleh Neurotic Studio milik Halim Ahmad.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.