Sinar Daripada Adib Zahar

SINAR | ADIB ZAHAR
Lagu: Fadzli Fareast & Kuroyy
Lirik: Kamarul & Ashraf Amaluddin
© 2022 PRODUKSI KARYA POSITIF

Masih setia dengan genre nasyid dan pop Islamik, Adib Zahar nama penanya, Kuroyy tampil dengan single ketiganya berjudul Sinar.

Terdahulu, Adib pernah tampil dengan single “Akur” dan “Waktu”.

Konsisten Adib Zahar dalam menerbitkan lagu merupakan satu langkah berani memandangkan penerimaan lagu nasyid sedikit muram apatah lagi melibatkan nama-nama baharu.

Berbeza dengan dua buah singlenya sebelum ini, Sinar mempamerkan perubahan genre yang agak ketara buat Adib. Pemilihan rentak R&B mula dipertaruhkannya berbanding pop balada sebelum ini.

Namun, Adib masih mengekalkan trademark bacaan kata-kata positif pada intro lagu ini. Pada pandangan penulis, lagu ini menjadi sebuah game-changer kerana perubahan genre yang agak ketara. 

Sinar umpama cerminan buat Adib bagi karya-karya mendatang. Pemilihan genre R&B kali ini agak sesuai dengan lontaran vokalnya. Mungkin genre ini boleh dijadikan sandaran utama sebagai identiti buat Adib Zahar.



Sinar berdurasi selama 3.57 minit. Lagu ini dicipta oleh Fadzli Fareast dan Adib sendiri manakala liriknya ditulis olej Kamarul dan Ashraf Amiluddin. Sinar diterbitkan di bawah label Produksi Karya Positif.

“Sinar” menceritakan tentang kesilapan yang pernah dilakukan sesorang sehingga dia menjadi putus asa dengan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Namun kita sering alpa bahawa pintu pengampunan masih terbuka luas untuk kembali ke Maha Pencipta. Peluang sentiasa tersedia dan gunakanlah ia sebaik mungkin agar kelak tidak menyesal andai kematian datang menjemput.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling