Sebuah band lokal dari Johor, Yarmuk, memilih mesej ketuhanan sebagai identiti seni mereka untuk berada dalam radar muzik negara.
Band lokal yang terdiri daripada Arm (gitar), Al Azmin (dram), Zzin (bass), Aju (gitar) dan Comart (vokalis), tampil dengan album sulung mereka berjudul Perjuangan Yarmuk.
![]() |
ALBUM: PERJUANGAN YARMUK ARTIS: YARMUK © 2022 QUANTIZE STUDIO & PRODUCTION |
Album ini memuatkan lima buah lagu iaitu Perjuangan Yarmuk, Kau Yang Terindah, Mandrem, Lukisan Mimpi dan Forgiveness.
Jaluran muzik rock dalam album ini jelas kedengaran. Malah imej Yarmuk sendiri jika dilihat secara luaran, pasti tak menyangka band ini membawa mesej dakwah dalam setiap bait lirik mereka.
Dimulakan dengan Perjuangan Yarmuk, lagu ini berkisarkan kisah Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid yang berjaya mengalahkan tentera Rome sekali gus menguasai Jordan, Syria dan Palestin. Malah Perang Yarmuk ini menjadi inspirasi pemilihan nama band ini.
Trek Kau Yang Terindah dan Lukisan Mimpi lebih berentak slow rock memandangkan mesejnya lebih berkisarkan pengharapan seorang hamba dengan Sang Pencipta.
Lagu Mandrem pula lebih bersifat funky yang berkisarkan budaya sihir dalam kalangan segelintir masyarakat kita. Trek terakhir, Forgiveness, merupakan lagu berbahasa Inggeris yang ditulis seperti sebuah doa.
Trek penutup ini melengkapkan album Perjuangan Yarmuk ini sebagai naskah yang penuh dengan mesej perjuangan dan ketuhanan.
![]() |
YB Sahrihan Jani, ADUN Gambir, melancarkan album Perjuangan Yarmuk. Sumber: Facebook SBJ |
Yarmuk telah menggunakan khidmat Aim Crossfire sebagai penerbit album di bawah label Quantize Studio & Production.
Album ini telah dilancarkarkan oleh Yang Berhormat Sahrihan Jani, ADUN Gambir, pada 24 Disember 2022 di Uptown Tangkak.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.