![]() |
ALBUM: CINTA ALLAH & RASUL ARTIS: AFAD & NAZREY JOHNI © 2022 UNIVERSAL MUSIC & RUSA MUSIC |
Tidak dapat dinafikan dua insan ini mempunyai kelompok peminat tersendiri terutama bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu Raihan.
Bagi mengubat kerinduan itu, Nazrey Johani dan Afad tampil dengan sebuah album kolaboratif, Cinta Allah & Rasul.
Album ini memuatkan 10 buah lagu malar segar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan yang dipetik daripada album Puji-Pujian, Syukur dan Senyum.
10 buah lagu tersebut ialah Damba CintaMu, Demi Masa, Peristiwa Subuh, Sesungguhnya, Puji- Pujian, Iman Mutiara,
Ya Rasulullah, Balada Selawat, Senyum dan Thank You Allah.
Semua lagu ini diberikan nafas baharu mengikut acuan vokal Nazrey dan Afad. Ibarat anekdot kerinduan, kehadiran album ini mampu mengimbas kembali zaman kegemilangan Raihan terutama ketika Nazrey menjadi tonggak utama kumpulan tersebut. Malah, Nazrey dan Raihan sangat sinonim yang sukar dipisahkan sehingga kini.
Afad pula menjadi vokalis Raihan ketika Nazrey meninggalkan kumpulan itu. Walaupun jodoh Afad bersama Raihan tak lama, namun kelunakan vokalnya pernah menaikkan sedikit nama Raihan selepas ketiadaan Nazrey.
Susunan muzik dalam album ini tak banyak mengubah melodi asal lagu-lagu tersebut. Yang ada hanyalah sekadar muzik yang lebih segar dan menepati arus muzik dewasa ini.
Album Cinta Allah & Rasul telah berada di semua platform digital sejak Oktober 2022. Album ini diterbitkan oleh Universal Music.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.