Untuk Dia Daripada GAU Nasheed dan Mizie Kamis


Langkah perjuangan kumpulan GAU Nasheed dalam industri muzik diteruskan dengan pertaruhan single kedua mereka, Untuk Dia. 

Untuk Dia merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mizie Kamis (MK). Susunan muzik lagu ini pula menggunakan khidmat Ruby Wahyu dan diadun oleh Amin Nordin.

Menurut salah seorang anggota GAU Nasheed, Naim, pemilihan Mizie Kamis sebagai rakan duet menerusi lagu ini dibuat atas faktor lontaran vokalnya yang sesuai dengan genre Untuk Dia.

“Lontaran vokal dan aura dimiliki Mizie Kamis dilihat mampu memberi penghayatan serta variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre balada pop seperti Ini. Demikian merupakan antara sebab kenapa kami memilih Mizie Kamis sebagai rakan berkalaborasi untuk lagu ini”, jawab Naim.

Untuk Dia bersinopsiskan tentang seorang hamba yang diuji dengan kemerosotan status kesihatan isterinya sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melakukan segala tugasan rumah sendiri. Situasi ini menyebabkan dirinya lemah semangat dan letih dalam menghadapi hari hari dan dugaan yang mendatang.

Lagu ini juga turut bermesejkan agar para pendengar supaya tidak mudah putus asa dalam apa jua cabaran dan bangkit dalam meneruskan hidupan dan dalam masa yang sama redha akan ketentuan Ilahi. 

Penggambaran video muzik lagu ‘Untuk Dia’ yang diarahkan oleh Nazreen Johari bersama juru video, Nazmi Johari dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Masjid terbaik luar bandar Negeri Kedah iaitu Masjid Al Busyra Merbok. . 

Selain itu, muzik video ‘Untuk Dia ‘ turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada Pendakwah Bebas sebagai Cameo iaitu Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Firdaus Firabib, Dan Ustaz Haslin Baharim dan Tiktok Influencer yang sedang meningkat naik antaranya Shahril Abdullah serta saudara Rahmad Rozali serta isiteri dan anaknya.

“Kami mengharapkan lagu ini dapat diterima ramai , khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan,” ujar Hakimi.

Klip video Untuk Dia boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital pada 6 Oktober 2023. Lagu ini juga boleh didengarkan di semua platform muzik digital.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling