Bagi memberi penghormatan kepada para petugas barisan hadapan dalam memerangi virus COVID-19, syarikat Primeworks Studios dan Wau Animation bekerjasama untuk menerbitkan filem pendek Ejen Ali Misi: Juang.
Menariknya, filem pendek ini turut menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Dr. Noor Hisham memegang watak sebagai Ejen Hisham yang melawan angkatan tentera COVID-19.
Menurut sumber daripada Harian Metro,Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation yang menerbitkan filem pendek terbabit berkata, penghormatan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa bersedia berperang memerangi Covid-19.
“Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang melawan musuh yang tidak dapat dilihat. Dengan peningkatan kes positif setiap hari, kami menyeru ejen di luar sana menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka,” kata Usamah Zaid.
Video pendek berdurasi tiga minit itu akan ditayangkan di laman Youtube Ejen Ali bermula 25 Disember 2020 pada pukul 9.45 malam.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.