Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) melancarkan kempen 'Rapatkan Saf' yang dikatakan sebagai satu usaha desakan buat pihak atasan untuk kembali membenarkan ibadat solat secara berjemaah di Malaysia, dilaksanakan secara saf yang rapat.
Menurut Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman, sudah lebih sembilan bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, apabila masjid-masjid ditutup dan dibuka semula, penjarakan dalam saf solat adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.
"Walaupun Hizbut Tahrir sebelum ini telah mengingatkan beberapa kali bahawa menjarakkan saf adalah bidaah dan pemerintah menanggung dosa kerana telah merubah kaifiyat (tatacara) solat, dan pemerintah mesti menarik balik arahan ini, namun tidak diendahkan"
- Ustaz Abdul Hakim Othman, Jurucakap HTM
Menurutnya lagi, walaupun telah ramai ustaz yang bersuara supaya kerajaan mengkaji semula arahan penjarakan saf ini, namun ia tetap tidak diendahkan.
![]() |
Kenyataan Jurucakap HTM |
Kempen 'Rapatkan Saf' difahamkan akan bermula dari sekarang sehingga akhir Disember 2020.
Berdasarkan maklumat di laman sosial Facebook HTM dan laman web Mykhilafah, lidah rasmi HTM, kempen ini, HTM turut melancarkan petisyen secara atas talian sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.
"Kami menyeru seluruh umat Islam agar menandatangani petisyen ini dan seterusnya menyebarkan pautannya seluas-luasnya serta menggalakkan rakan-rakan yang lain untuk turut menandatanganinya. Walaupun usaha ini mungkin kecil, tetapi tunjukkanlah keinginan kita untuk kembali solat sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah (saw), dan dalam masa yang sama kita mendesak kerajaan agar menarik balik segera arahan penjarakan saf dalam solat berjemaah,"- HTM
Turut dilancarkan, penggunaan hashtag #rapatkansaf. Petisyen atas talian 'Rapatkan Saf' boleh dibuat di https://tinyurl.com/rapatkansaf.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.