Manuskrip Cinta Duo Izaatfarhan


Juara Nasyid Starz 1439H anjuran Inteam Records semasa program Festira 2017,IzaatFarhan, muncul dengan single pertama, Manuskrip Cinta.

Duo yang sebelum ini dikenali sebagai kumpulan AIA, mengetengahkan isu zina dan hamil luar nikah dalam debut sulung mereka kali ini.

“Kami cuba menyentuh isu yang agak sensitif di dalam masyarakat iaitu zina kerana masalah ini kelihatan semakin membimbangkan terutama di kalangan remaja yang bercinta,” 
- Izat.
 
“Kami cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa hubungan sebelum perkahwinan itu boleh menjerumuskan mereka ke kancah zina bahkan membawa kesan lebih buruk seperti kes buang anak dan pembunuhan.”
- Farhan. 

Menerusi muzik video arahan Rasyid Amir dan Tengku Izman, ia memaparkan kisah pasangan bercinta yang terjebak dengan zina dan hamil luar nikah sehingga akhirnya berlaku jenayah pembunuhan.
 
Menerusi rakaman sepenuhnya di studio Inteam, Manuskrip Cinta menggunakan khidmat Wan Saleh sebagai penyusun muzik manakala J Ratno sebagai juruadun.

Single Manuskrip Cinta

Mengenai IzaatFarhan, mereka sebelum ini menggelarkan diri sebagai AIA ketika kumpulan itu masih bertiga. Namun setelah salah seorang anggota mereka menarik diri, Izat dan Farhan menukarkan nama menjadi IzaatFarhan sempena nama mereka berdua.


Manuskrip Cinta merupakan hasil karya gabungan komposer Bangjat SB dan Restu Hadi, manakala liriknya ditulis oleh Bangjat SB. Single ini diterbitkan oleh Believe Music, siaran digital diedarkan oleh Inteam Digital.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling