Buat julung kalinya, Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) diadakan. Anugerah yang diadakan di Auditorium RTM itu telah berlangsung pada 27 Disember 2020 bermula pukul 9.00 malam.
Tujuan utama ANAM dianjurkan adalah bagi menghargai penggiat seni nasyid, disamping sebagai satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab nasyid dunia.
Dalam suasana norma baharu ekoran pandemik wabak COVID-19, penganjuran ANAM 2020 boleh dianggap paling berjaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
![]() |
SOP ANAM |
Anugerah anjuran utama Majlis Usahawan Penasyid Malaysia (Munsyid) ini telah menggabungkan tenaga seni nasyid lama dan baru.
Bertemakan Sejarah Tercipta, Irama Bergema, ANAM 2020 menyaksikan lagu Ittihad nyanyian kumpulan Rabbani mengungguli anugerah pada malam tersebut apabila berjaya meraih anugerah Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik dan Persembahan Vokal Dalam Lagu Terbaik.
Lagu Ittihad merupakan karya komposer Daqmie manakala liriknya oleh Ito Lara.
Kumpulan Inteam pula memenangi dua trofi iaitu Artis Nasyid Pilihan melalui undian peminat dan Anugerah Kembara.
Susunan Muzik Nasyid Terbaik pula dimenangi Omar K manakala Rakaman Lagu Nasyid Terbaik disandang okeh Amin Nordin melalui lagu Sakti nyanyian Rabithah.
Raihan pula menerima Anugerah Khalifah berikutan pelbagai kejayaan yang dikecap mereka sepanjang dua dekad berjuang dalam industri nasyid.
Untuk beberapa kategori lain pula, Artis Nasyid Baharu Pilihan dimenangi Aniq Muhai, dan Anugerah Nasyid Nusantara Pilihan dimenangi Sabyan dari Indonesia.
Anugerah Video Muzik Nasyid Terbaik, tiada pemenang kerana mengikut penjelasan juri, Habsah Hassan mmaklumkan tahap penghasilan menepati jalan cerita lagu tidak mencapai penilaian ditetapkan.
![]() |
Gandingan pengacara, Hafiz Hamidun dan Farah Fauzana |
ANAM 2020 yang menggandingkan Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana sebagai pengacara, turut dimeriahkan oleh barisan penyanyi yang membuat persembahan ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam ternasuk, Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices, Saujana dan ramai lagi.
Terdahulu, selebriti yang tampil menyampaikan anugerah kepada pemenang adalah Altimet, Datuk Nash, Along Exists, Imam Muda Ashraf, Munif Hijjaz dan Ustaz Akhil Hayy.
Sumber foto: Facebook Anugerah Nasyid Malaysia
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.