Puisi Bermakna Daripada Bro AK dan Andika Nazri


Sedar tak sedar pandemik virus Corona (COVID-19) yang melanda dunia telah melewati hampir dua tahun.

Ramai yang terkesan dek kerana virus ini. Malah, jumlah korban yang dikatakan akibat virus ini turut meningkat di bumi Malaysia.

Bagi Bro AK dan Andik Nazri, tragedi yang melanda dunia ini menjadi inspirasi buat dua anak seni dari Tawau, Sabah ini untuk menghasilkan warkah seni berjudul Sirnakan Corona.

Sirnakan Corona merupakan hasil nukilan Bro AK manakala lagu ciptaan AndrianEst Mortus.


“Alhamdulillah, kurang (dari) 24 Jam, 20K views di laman Youtube. Terima kasih semua yang support. Terima kasih jugak buat netizen semua,” ujar Bro AK melalui catatan di laman Facebooknya.

Susunan lagu yang menjalinkan muzik rap dan pop rock, ditambah dengan tiupan seruling menjadikan Sirnakan Corona segar didengat oleh semua lapisan umur.

Puisi yang dijadikan asas lirik lagu nukilan Bro AK atau turut dikenali sebagai Ustaz Akbar ini telah ditulis dengan susunan bait-bait yang baik dan mudah faham.

Selitan doa dalam lagu, ditambah alunan muzik yang syahdu sudah cukup untuk melabelkan Sirnakan Corona antara warkah seni yang baik.

Hasil tinjauan di laman Youtube, Sirnakan Corona telah mencapai jumlah tontonan 24 ribu pada 4 April 2021, satu angka yang boleh dibanggakan bagi karya seni ‘indie’.


Lagu yang merupakan terbitan ZnZ Production dan kerjasama bersama SkyLine Records ini telah diterbitkan di laman Youtube sejak 2 April 2021.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling