Tanpa gimik yang hebat, kumpulan rap wanita terkenal sekitar tahun 1990-an, Elite, mengumumkan akan membuat comeback sempena ulang tahun ke-25 mereka.
Lebih menarik, penyatuan semula Elite kali ini akan melibatkan lima anggota asal mereka iaitu Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha.
Abby berkata, selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.
"Saya anggota paling awal mengundur diri. Jadi, jika dihitung hampir 20 tahun anggota asal kumpulan Elite tidak bersatu. Selalunya pasti ada ahli yang tidak lengkap.
"Memang agak teruja untuk kembali beraksi bersama selepas sekian lama merancang. Penyatuan semula Elite adalah masa tepat yang Tuhan sudah susun untuk kami.
"Kami semua bersetuju untuk muncul dengan single terbaharu ini kerana konsep Islamik dan mesej yang baik dalam lagu ini. Sesuai dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi, kami berharap dapat menyebarkan perkara-perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite," katanya.
Menyentuh mengenai persoalan sama ada Elite akan berubah menjadi kumpulan nasyid, kumpulan ini menafikannya.
"Identiti setiap lagu Elite adalah rap, jadi dalam lagu Alhamdulillah ini kami masih mengekalkan konsep sama. Sudah lama tidak menyanyi dan masuk ke studio rakaman, agak mencabar untuk kami semua. Namun, proses rakaman dan rakaman video muzik berjalan dengan pantas. Harap peminat akan menyukai lagu terbaharu kami," kata Watie.
![]() |
Petikan Instagram Norman (KRU) |
Lagu Alhamdulillah ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu merupakan buah tangan Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan pada 19 April 2021 di semua platform digital.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.