Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal bagi tahun masihi 2021, stesen televisyen AlHijrah telah menyediakan pelbagai rancangan untuk tontonan umum.
Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, tahun ini pihaknya mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal terakhir bagi mengajak para penonton menghayati Ramadan dan Syawal sepanjang tempoh dua bulan mendatang.
“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.
“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir didokong tiga inisiatif utama stesen iaitu inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.
Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.
“Sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak andainya ini adalah Ramadan dan Syawal terakhir kita semua,” katanya.
Antara program menarik sempena Ramadan di TV AlHijrah adalah Haflah (Khamis & Jumaat pukul 10 malam – bermula 1 April), Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April) CAMCA Edisi Ramadan ( 10 dan 12 April pukul 6.30 petang), Ihya Ramadan (Isnin hingga Ahad pukul 7.00 petang – bermula 13 April) dan E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April).
Tidak hanya itu, AlHijrah turut menyajikan program Hijrah Berselawat (Sabtu pukul 10.00 malam – 24 April), Aura Al-Qadar (Setiap Hari pukul 10.30 malam – bermula 28 April), Drama Andai Ini Ramadan Terakhir (Pukul 7.00 malam – bermula 13 April), Sebuah Kehidupan (Jumaat & Sabtu pukul 7.30 malam – bermula 16 April), Ittabiouni (Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam – bermula 13 April), Al-Farabi (Khamis pukul 5.30 petang – bermula 15 April) dan My #HadithTime (Isnin hingga Jumaat pukul 5.00 petang – bermula 1 April).
Bagi program menarik sempena Syawal pula adalah Camca Edisi Syawal (13 Mei pukul 6.30 petang), Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam), Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam), Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam), Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam), Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam) dan Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam).
Sebuah telefilem berjudul Bebenang PKP Anis yang mengisahkan kehadiran wabak Covid-19 membawa hikmah yang amat besar buat Anis Kemboja, turut bakal ditayangkan.
Telefilem ini dibintangi oleh Lisdawati dan Syafie Naswip bakal ditayangkan pada 15 Mei jam 9 malam.
Selain itu, telefilem Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam), Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam) dan Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang).
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.