‘Ijabah’ Ilham Isman Hijjaz Ketika Di Mekah


Isman Hijjaz yang sinonim dengan kejayaan menghasilkan beberapa lagu hits nasyid, kini tampil dengan naskah terbarunya, Ijabah.

Lebih menarik, buat julung kalinya lagu Ijabah menampilkan vokal Isman Hijjaz sendiri secara solo.

Membawa definisi perkenankan, Ijabah merupakan ciptaan Isnan sendiri manakala liriknya hasil tulisan Isman dan UMI (Ustaz Izzat). Idea menghasilkan Ijabah tercetus secara ‘main-main’ ketika Isman berada di Mekah.

“Saya dapat melodi dan content sewaktu saya di Mekah. Ijabah ini bermaksud perkenankanlah. Orang pergi ke Mekah dan Madinah untuk berdoa supaya Allah perkenankan.

Sebagai seorang hamba, kita kena yakin yang kita berdoa ini, Allah akan terima. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Macam mana kita jahat pun,kita berdoa (dan) kita yakin Allah terima. Sebab Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,” ujar Isman dalan satu temu bual di saluran Youtube Saiful Nizam.


Jika dahulu anggota Hijjaz ini menggunakan nama pena Manis Helma dan Manis Alia menerusi karya-karya hitsnya seperti Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC) dan  Kasih Kekasih (Inteam), namun kali ini beliau menggunakan namanya yang asli-Isman Isam.

Biarpun ini merupakan penampilan solo pertamanya, namun tak dinafikan Ijabah satu karya yang cukup baik.

Rangkap pembukaan Ijabah itu sendiri sudah cukup ‘menangkap’, apatah lagi apabila mendengar lagu ini secara keseluruhan.


Susunan bait liriknya melambangkan betapa rendahnya manusia sebagai hamba Allah. Malah, susunan idea lirik dan penceritaan Ijabah bertepatan dengan senario dunia hari ini yang masih dibelenggu dengan pandemik Corona Virus.

Hasil tinjauan di laman Youtube, Ijabah telah mencapai jumlah tontonan melebihi 16 ribu sejak dilancarkan pada 2 April 2021. Ijabah diterbitkan oleh MVM Productions.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling