Rakaman Menggunakan Telefon Pintar, UiTM Terbit Munajat Kami


Sempena dengan ketibaan bulan Ramadan tahun ini, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerbitkan sebuah video muzik gemersik nurani berjudul Munajat Kami.

Paduan suara Ustaz Faizan Tajuid bersama Zairol Masron (Durrani) ini mengetengahkan tema ‘Dalam kegelapan kita mencari cahaya’.

Penerbitan klip video muzik ini turut melibatkan terbitan usahasama bersama Jabatan Komunikasi UiTM.

Munajat Kami merupakan kombinasi muzik terapi yang melibatkan alunan zikir, istighfar san munajat kepada Allah S.W.T, sesuai dengan sambutan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah.

Alunan munajat syahdu ini merupakan cetusan melodi daripada Ustaz Faizan Tajuid sendiri.

Lebih menarik, kualiti rakaman klip video ini berada pada tahap yang baik walaupun dihasilkan sepenuhnya menggunakan telefon pintar di bawah arahan Norhilman Nordin.


Munajat Kami yang berdurasi selama 5.15 minit ini telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube UiTM bermula 12 April 2021.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling