Info Ringkas Tentang Briged al-Qassam


Setiap kali Palestin diserang bertubi-tubi oleh regim Israel, nama Briged Izzudin al-Qassam muncul sebagai antara barisan pertahanan rakyat Palestin.

Briged Al-Qassam merupakan sayap tentera bagi Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS). Pasukan ini merupakan pasaukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel serta mempunyai organisasi yang tersusun.

Nama Briged Al-Qassam ini diambil bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. 

Sheikh Izzudin al-Qassam

Sheikh Izzuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. 

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.\

Briged Al-Qassam diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Pasukan ini ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel. 

Bukan mudah untuk menyertai pasukan ini. Setiap anggota akan ditapis mengikut syarat-syarat berikut:

  1. Mendapatkan keizinan dari ibu bapa.
  2. Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
  3. Tidak bermaksiat dan merokok. 
  4. Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran. 
  5. Membaca Al-Quran sehari satu juz. 
  6. Wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
  7. Melazimi puasa sunat dan bertahajud. 
  8. Kecerdasan yang tinggi
  9. Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu. 
  10. Melazimi zikir harian. 
  11. Melazimi olahraga atau beriadah.
  12. Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.
Briged al-Qassam merupakan pasukan yang terlatih dan mempunyai kepakaran ketenteraan tersendiri. 
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh. 

Terowong rahsia bawah tanah digunakan untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya.


Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km.

Unit marin

Ababil, dron ciptaan al-Qassam

Selain itu, pasukan penembak tepat turut diwujudkan oleh briged ini yang dinamakan sebagai Ghoul. Unit laut turut diwujudkan dan terkini, briged ini turut melancarkan drone yang dikenali Ababil yang mampu membawa bom melalui pesawat tanpa pemandu tersebut.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling