Kelainan Elemen Muzik Siti Nordiana Menerusi Album Hasbi Rabbi


Siti Nordiana, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan. Mula hadir dalam industri hiburan pada tahun 1999 ketika usianya baru berusia 15 tahun. 

Membawa konsep balada dan pop selari dengan zaman muzik jiwang ketika itu menjadikan nama Siti Nordiana dikenali ramai. Bersama syarikat rakaman FMC Music, sebanyak  lima album solo studio dihasilkannya iaitu Gurindam Rindu Berkasih, Luahan Hati Kasih, Bingkisan Kasih, Pelangi dan Semakin Jelas. Semua album ini terhasil sebelum dirinya berhijab.

Selepas dirinya bertudung, Siti Nordiana menghasilkan album religi pertamanya, Anakku Sayang pada tahun 2015 di bawah label Arteffects. Album ini diterbitkan oleh Hafiz Hamidun dan bertemakan nasyid kanak-kanak.

Pada tahun 2015 juga, dirinya dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2. Sejak itulah, namanya terus naik dan gelarab ‘artis kampung’ lenyap dek kerana bakatnya yang kian menyerlah.

Selepas hampir 6 tahun kelahiran album Anakku Sayang, kali ini Siti Nordiana tampil dengan album religi keduanya, Hasbi Rabbi. Lebih menarik, kali ini Ustaz Shahrizan dipilih sebagai rakan kolaborasinya.

Di bawah labelnya sendiri, SND Soul Entertainment, Hasbi Rabbi memuatkan lima buah lagu iaitu Hasbi Rabbi, Salam Ya Rasulullah, Sayyidul Istighfar, Selawat Adnani, dan I’tiraf.

Hasbi Rabbi menampilkan sisi vokal yang berbeza buat Siti Nordiana berbanding semua album dan singlenya yang lain.

Pemilihan alunan zikir dan selawat dalam album ini memerlukan Siti Nordiana menggunakan sebutan bahasa Arab yang betul. Ya, dia berjaya mencabar dirinya dengan baik.

Elemen saduran Arab, nasyid dan etnik kreatif jelas kedengaran dalam album ini. Elemen melodi ini menjadikan pendengar merasa terapi jiwan yang santai, tanpa perlu memikirkan maksud yang sukar disebalik bait nyanyian.

Trek Hasbi Rabbi merupakan taruhan perdana untuk album ini. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh ini telah mencatat bilangan penonton melebihi 100 ribu. 

Album Hasbi Rabbi dijual secara fizikal dan digital. Album fizikal boleh dibeli dalam platform Shopee.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling