Showcase Nostalgia Faizal Tahir, Mirwana Kumpul Lebih RM19k

 

Setelah diserang selama 11 hari, bumi Gaza, Palestin memasuki proses pemulihan akibat kerosakan dahsyat oleh pihak rejim Zionis Israel.

Fasa pemulihan yang dijangka menelan kos yang tinggi turut menarik perhatian pelbagai pihak dari Malaysia untuk membantu masyarakat Palestin.

Tanggal 30 Mei 2021, kumpulan Mirwana dan penyanyi Faizal Tahir turut terpanggil untuk membuat virtual showcase, Nostalgia Faizal Tahir dan Mirwana, bagi mengumpul dana buat Palestin.

Walaupun dirancang dalam masa yang singkat, namun persembahan maya ini berjaya menghimpunkan lebih 500 orang pembeli tiket. 

Lebih menarik, persembahan ini merupakan julung kali menggabungkan semula Faizal Tahir bersama kumpulan Mirwana, yang pernah dianggotainya 17 tahun yang lalu.

Sebanyak lapan buah lagu dipersembahkan dalam showcase ini iaitu Assalamualaikum, Hikmah Kembara, Takdir Penentu, Mama Papa, Sejati, Kullu Hubbi, Syahadah dan Aku Tanpa CintaMu.

Persembahan bertenaga daripada Mirwana dan Faizal Tahir ini mendapat pujian daripada para penonton.

"Thank you Faizal Tahir and Mirwana.Brings back memories," Muna 'Adilah.

"Tahniah! And thank you so much!" Farhana Wahid

" Sedapnyaaaaa harmonisation!" Syafiqah Shahril

Semasa permulaan showcase, Faizal Tahir turut membuat bidaan barang peribadi miliknya iaitu kasut dan bendera. Kutipan bidaan tersebut dimasukkan bersama hasil kutipan jualan tiket.



Virtual showcase Nostalgia Faizal Tahir dan Mirwana ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM19,097.60. 

Hasil kutipan ini dimasukkan ke dalam Tabung My Aqsa Defenders. Showcase Nostalgia Faizal Tahir dan Mirwana ini turut melibatkan stesen radio Zayan selaku radio rasmi. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling