Lagu tersebut pada asalnya merupakan nyanyian kumpulan AlarmMe. Walaupun nama mereka tak semegah nama Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Saujana yang tengah hangat sekitar tahun 1999, namun kumpulan ini secara tak langsung telah meninggalkan 'legasi' ilmu buat masyakarat.
Kumpulan AlarmMe telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1999, lahir dari sebuah kelab unit kebudayaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Pemulaannya, kumpulan ini dinamakan sebagai Kelab Aspirasi Budaya.
Kumpulan ini pada awal pembabitan dalam industri ini terdiri daripada 6 orang pelajar UIA. Namun, hanya tiga orang sahaja yang hadir dalam indutri nasyid komersial.
Mereka ialah Nordin, Azahan dan Khir. Dengan berkonsepkan irama muzik variasi alaf baru, menjadikan semua golongan terutamanya remaja dan kanak-kanak sebagai sasaran pasaran semasa.
AlarmMe bermaksud remind me dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kejutanku. Maksud kedua dalam bahasa Melayu ialah rasailah atau alamilah dan dalam bahasa Arab pula ia membawa dua pengertian antarabangsa atau sejagat dan duniaku.
Di bawah naungan Rapsodi Kristal Sdn Bhd, mereka melahirkan album sulung berjudul Alami pada tahun 1999. Lagu ini mengandungi beberapa buah lagu hot iaitu Bulan-Bulan Islam, Indahnya Alam, Alaf Baru, dan Adakah Kau Lupa?. Malah lagu Adakah Kau Lupa sehingga kini masih menjadi lagu tema dalam majlis-majlis motivasi.
AlarmMe juga aktif menerbit / mencipta lagu & album selain dua album yang disebutkan. Antara lain adalah lagu-lagu dasar Kerajaan Negeri Selangor - Berjudul Bina Insan Cemerlang Selangor (6M) dan (4E) Era Globalisasi. (Lagu-lagu ini kemudiannya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor untuk dialbumkan dan diputarkan di Radio M'sia Selangor).
Selain itu, AlarmMe juga banyak terlibat dalam penciptaan lagu, penulisan lirik, penggubahan, penyusunan vokal berkumpulan, penerbitan album-album sekolah, album-album kerohanian (zikir, selawat, do'a dsb), lagu-lagu anthem/tema badan korporat, NGO, Universiti, kolej, lagu-lagu iklan TV & radio singapura (MUIS) dan sebagainya.
Selepas kemunculan album Alami, AlarmMe turut menghasilkan beberapa material seni secara indie. Antaranya ialah:-
- Album Aqiqu Bada' bersama Wildan
- Album Formula 6M + 4E
- Lagu-lagu dasar Kerajaan Negeri Selangor; "Bina Insan Cemerelang (6M)" dan "4E Era Globalisasi" (September 2002),
- Lagu Tema Persatuan Jemaah Islam Malaysia "Jamaah Islah dan Jalan Dakwah" (Oktober 2001)
Album Amalan Harian Insan Rabbani (Siri I)- Album Amalan Harian Insan Rabbani - Dialog, Do'a dan Lagu (Siri II)
AlarmMe semasa album kedua |
Lagu I Wanna Be Somebody pernah mencetuskan kontroversi apabila lagu tersebut mirip dengan salah sebuah lagu nyanyian band Flop Poppy, Wanita.
Pada tahun 2005 menerusi lagu I Wanna Be Somebody, AlarmMe berjaya menjadi finalis dalam Anugerah Nasyid IKIM 2005.
Sepanjang berada dalam industri nasyid, AlarmMe hanya sempat menghasilkan dua buah album sahaja. Pembubaran AlarmMe tak pernah dinisankan, cuma ghaib begitu sahaja.
Salah seorang anggota AlarmMe, Nordin Jaafar, pernah menjadi anggota Raihan selepas hilangnya AlarmMe. Bersama Raihan, Nordin sempat merakamkan album Tawakkal. Selepas itu, Nordin juga pernah hadir bersama Inteam Records menerusi album Mari Berdoa.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.