Shahir Zawawi Juara Hijrahkan Laguku


Pentas akhir program realiti Hijrahkan Laguku musim pertama melabuhkan tirai pada 8 Januari 2022 dengan menyaksikan Shahir Zawawi dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan meraih markah keseluruhan 72% membolehkan Shahit menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%). 

Dalam reaksi awal, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini rasa bersyukur atas rezeki tersebut dan berharap program itu akan terus menjadi platform anak muda menyebarkan dakwah. 

“Pertamanya terima kasih TV AlHijrah. Tak tahu ada hadiah sebagai ganjaran. Tapi bersyukur. 

Semoga jadi juara kepada pendengar. Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah,” ujarnya. 

Shahir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Manakala ketiga-tiga peserta akhir lain menerima RM20,000 setiap seorang. 

Malam final itu menyaksikan Shahir menyanyikan lagu berjudul Madahku, inspirasi lagu asal Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain serta lagu duet Perjalanan Jiwa bersama Datuk Nash.



Untuk rekod, Shahir pernah menghasilkan sebuah album berjudul Shahir pada tahun 2012 setelah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan.

Bagi Anugerah Sawa’ Assabil pula dimenangi oleh Iwan Syahman dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 yang akan diwakafkan. 

Markah peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri profesional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Manakala 20 markah daripada undian penonton. 

Pentas akhir yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris Ahmad. 

Program terbitan saluran TV Al Hijrah ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling