KITA ADALAH SATU | INTEAM, ANIQ MUHAI,FITRI HARIS, THE HELMIS, SYAMEL, ADEEP NAHAR, IKHWAN FATANNA
Lagu & Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
2022 | MYAQSA DEFENDERS
Isu Palestin bukanlah sesuatu yang baharu. Isu yang tidak berkesudahan ini adakala memerlukan sentuhan seni bagi memberi impak kesedaran yang lebih kepada masyarakat.
Atas faktor itu, MyAqsa Defenders melancarkan sebuah lagu berjudul ‘Kita Adalah Satu’ yang menggabunhkan paduan suara 7 artis Malaysia.
Ketika pelancaran single ini pada 14 Januari 2022 yang lalu, Pengerusi MyAqsa Defenders, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, lagu itu adalah salah satu usaha ke arah kebebasan Masjid al-Aqsa di bumi Palestin.
Pelancaran secara atas talian. Sumber: Telegram Nadir al-Nuri |
Malah kehadiran Kita Adalah Satu merupakan simbolik seni buat rakyat Palestin sendiri.
“Di Palestin, kanak-kanak seawal 5 tahun sudah diajar bersyair, menyanyi dan 60 peratus daripada mereka ada bakat. Itu menjadikan seni sebagai satu senjata yang sangat penting untuk perjuangan di bumi Palestin.
“Kita harapkan dengan lagu-lagu seperti ini, akan dapat menaikkan semangat orang Malaysia sendiri untuk membangunkan negara bersama-sama,” ujar Nadir secara atas talian dari Gaza, Palestin.
Kita Adalah Satu merupakan material seni sentuhan sepenuhnyaa gandingan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.
Penerbitan single tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Inteam Records Sdn Bhd dan proses rakaman serta suntingan telah diadakan di Novarts Studio yang memakan masa seminggu untuk disiapkan.
Kita Adalah Satu merupakan satu karya yang memberi gambaran tentang kesatuan rakyat Malaysia dalam perjuangan rakyat Palestin.
Elemen patriotik jelas kedengaran dari bait-bait liriknya. Bahasa yang jelas, diiringi elemen muzik yang rancak merupakan sandaran utama buat lagu ini. Tambahan pula paduan vokal 7 artis ini berjaya menaikkan semangat setiap kali mendengar material muzik ini.
Apa yang paling penting, mesej perjuangan Palestin jelas kedengaran tatkala melayani lagu ini
Kita Adalah Satu diterbitkan oleh MyAqsa Defenders bersama Inteam Records.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.