Cinta Ilmu Masuki Tahun Kesepuluh


Stesen televisyen (TV) AlHijrah kekal iltizam untuk terus menjadi ladang pelaburan ilmu buat masyarakat Malaysia. Buktinya, stesen televisyen penyiar rancangan-rancangan keagamaan ini menyiarkan sebuah rancangan yang diberi nama Cinta Ilmu.

Cinta Ilmu merupakan sebuah program kerohanian yang membincangkan serta menjawab kemusykilan penonton tentang persoalan Akidah, Fikah dan Ibadah Agama. Sedar atau tidak, rancangan ilmiah ini telah pun masuk musim kesepuluh.

Musim kali ini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu, tepat jam 7.30 malam hingga 8.00 malam di saluran TV AlHijrah. 

Memasuki tahun kesepuluh disiarkan, objektif penyiaran rancangan ini masih kekal untuk memenuhi permintaan penonton yang dahagakan santapan rohani yang membaja jiwa. Selain itu, rancangan ini juga mampu menjadi ladang ilmu serta platform rujukan untuk kemaslahatan ummah. 

Istimewanya kali ini rancangan Cinta Ilmu tampil berbeza dan berwajah baharu dengan mensasarkan golongan muda sebagai kumpulan penonton sasaran disamping penonton dewasa sedia ada. 

Untuk itu, selain menampilkan barisan panel yang berwibawa, pihak produksi rancangan ini turut menggabungkan elemen telaah kitab serta praktikal dalam mengupas topik-topik pilihan. Turut ditambah baik adalah penggunaan visual, grafik serta persembahan keseluruhan rancangan yang dinamik. 

Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah

Musim kesepuluh Cinta Ilmu, penonton berpeluang menuntut ilmu bersama Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Roslan Muhamad, Ustaz Dato' Haji Badli Shah bin Haji Alauddin.
 
Imam Muda Azhar

Menariknya, musim baru ini turut menampilkan panel baru iaitu Imam Muda Azhar, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang, Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Zawiyah Hassan. 

Panel-panel akan menelaah kitab seperti Kitab Kelahiran Teragung karya Ustaz Muhadir Haji Joll, dan kitab Al-Mu’tamad Fiqah Imam. 

Bagi memudahkan para penonton, segmen perbincangan dipecahkan mengikut hari iaitu Akidah & Falsafah (Isnin), Ilmu Fikah (Selasa) dan Ibadah (Rabu).

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling